Senarai barang - approved by JKR
topik hari ini membincangkan tentang kenapa harga yang di caj oleh setiap wireman adalah berbeza-beza. Berbagai faktor yang mempengaruhi harga yang dicaj ke atas pelanggan.
Jenis cable, jenama yang digunakan aksesori elektrikal. memang tidak dinafikan bahawa terdapat kabel PVC yang ditawarkan serendah RM23++ dipasaran, tetapi kita sebagai wireman tidak tergamak hendak menggunakan kabel tersebut. sudahlah murah, kualiti memang OUT lah. Kalau nak untung dah lama kami guna kabel ini. tetapi takut di Padang masyhar nanti disoal kerana menipu pelanggan.
bialah apa orang nak kata, dia nie boleh caj murah kenapa dia nie caj mahal. Selepas faktor harga barang diambil kira, upah kerja yang dikenakan juga adalah berbeza. Contoh jika memasang lampu hiasan yang memerlukan 3set Staging, takkan nak caj Rm20 kan? Logik akal pun kita boleh fikir, lampu hiasan nie susah, kena pulak chandilier 3 lapis jenuh. Sewa staging lagi, bahaya lagi. Semua itu perlu diambil kira.
harga yang diletakkan bukanlah ikut sedap mulut dan sewenangnya. Sama juga seperti sebutharga, andai kata owner rumah minta quotation hari ini tapi hendak jalankan kerja-kerja elektrikal 2 minggu lagi. Macam2 boleh jadi, harga kabel pula turun naik setiap minggu. Nasihat saya kepada pelanggan, tak percaya harga kabel murah ke mahal, sila ke kedai elektrikal dan survey.
Jika bukan orang kita sendiri yang membela industri kita siapa lagi? tup-tup, "baik amik Indon, diorang buat lagi murah". Jika anda sedari, sedikit sebanyak perbuatan ini merencana segala benda. Kepercayaan diletakkan lebih kepada bangsa asing, mereka jugak dipandang tinggi berbanding orang kita sendiri. Jika begini apa yang akan terjadi kepada nasib Bumiputra kita.
Sama-samalah kita renungkan untuk generasi akan datang.
berikut adalah sisipan gambar dari web JKR, yang menunjukkan bahawa kabel jenama "MEGA" adalah diperakui oleh JKR yang mana harga adalah mahal sedikit dari yang lain.Senarai panjang lagi, jika berminat anda boleh ke laman web JKR sendiri..
Buat wiring bukan tiap hari, tapi sekali sahaja. Guna kabel murah boleh, tapi jika rumah terbakar, sekali jalan jugak lah..
sekian dari saya.

Khamis 06-09-2018 11:23 pagi .
ReplyDeletenice
ReplyDeleteJujur
ReplyDelete